Saturday 24 June 2000

Carta Organisasi Blog Sekolah


PENASIHAT
Hjh Mazidah bt Amiruddin
Guru Besar

PENGERUSI
En. Mohd Zaki b. Hassan
e-PANTAU

SETIAUSAHA
Pn. Noor Dianah bt Pauzi
 (EIO)

AHLI JAWATANKUASA

Hj. Wahab b. Muda
PK 1

En. Razulddin b. Mustaffa
PK HEM

En. Mohd Wahi b. Embong
PK KO-KU

Pn. Noor Hidawaty bt Ali
Guru ICT

Pn. Wahidatun bt Abd Wahab
Pusat Sumber

En. Wan Sufian b Wan Mohamed
Guru Data

Cik Norhafizah bt Md Khalib
j-QAF

Cik Laili bt Omar
Pembantu Tadbir

JAWATANKUASA 1 MURID 1 SUKAN

Penyelaras :  En. Wan Sufian b W. Mohamed

BOLA TAMPAR
Ketua          : 
 Pn. Noor Hidawayati bt Ali
Pemimpin    :  
Cik Norhafizah bt Md Khalib
                     : Pn. Hjh Razalina bt Razak

BOLA BALING
Ketua          : 
Cik Wan Norulhidayah bt Wan Ismail
Pemimpin    : Pn. Zainon bt Awang
                    : Pn. Wahidatun bt Abd Wahab

BADMINTON
Ketua          :
Pemimpin    : Pn. Nurul Huda bt Harun
                    : 
Pn. Wan Halimah bt Wan Abd. Wahab

BOLA SEPAK
Ketua          : 
En. Wan Sufian b W. Mohamed
Pemimpin    : 
En. Razulddin b Mustaffa

SEPAK TAKRAW
Ketua          : 
En. Mohd Wahi b Embong
Pemimpin    : 
En. Mohd Zaki b Hassan
                : En. Hj. Wahab b Muda
OLAHRAGA
Ketua          : 
Pn. Noor Hidawaty b Ali
Pemimpin    : 
Cik Wan Norulhidayah bt Wan Ismail
                Pn. Wahidatun bt Abd Wahab

JAWATANKUASA PERSATUAN KELAB

Penyelaras :

PERSATUAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

Ketua          : Pn. Hjh Razalina bt Razak
Pemimpin    : Pn. Wahidatun bt Abd Wahab
                   : Pn. Noor Hidawaty bt Ali

PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS
Ketua          : En. Wan Sufian b Wan Mohamed
Pemimpin    : Cik Wan Norulhidayah bt Wan Ismail
                   : Pn. Noor Azma bt Abd. Rahim

PERSATUAN AGAMA ISLAM
Ketua          :
Pemimpin    : Pn. Nurul Huda bt Harun
                   : En. Mohd Zaki b Hassan

PERSATUAN SENI DAN BUDAYA
Ketua          : Pn. Wan Halimah bt Wan Abd. Wahab
Pemimpin    :  Cik Norhafizah bt Md Khalib
                 

CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM 2013

*klik untuk besarkan gambar


Friday 23 June 2000

CARTA ORGANISASI HAL EHWAL MURID 2013

*klik untuk besarkan gambar

CARTA ORGANISASI KURIKULUM 2013


*klik untuk besarkan gambar



ANALISA KEPUTUSAN UPSR SKSD 2002 – 2010


ANALISA UPSR ‘5A’ DARI TAHUN 2002-2010

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 
BAHASA MELAYU PENULISAN

BAHASA INGGERIS

SAINS

MATEMATIK






Bendera Sekolah


Ucaptama Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t..
Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran dan terima kasih kerana diberi pelunag untuk menyatakan sepatah dua kata dalam perancangan strategik UPSR Sekolah Kebangsaan Serdang, bagi tahun . Ucapan tahniah kepada guru-guru yang berada di dalam pasukan UPSR di atas kejayaan yang dicapai pada tahun     baru-baru ini. Kejayaan yang dicapai dengan kualiti 5A (      ) , dan pencapaian minimum C (      ) , membuktikan usaha yang dilakukan oleh guru-guru adalah ke arah pencapaian ‘Matlamat Pendidikan  Sekolah Rendah’ ke tahap yang maksimum. Bagi tahun           , dengan bilangan murid seramai     orang , sasaran yang ingin dicapai ialah         orang untuk kualiti 5A iaitu           . Bagi mencapai sasaran ini , kita memerlukan satu usaha ke arah kerja berpasukan yang lebih mantap. Kajian menunjukkan kerja berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi guru-guru apabila tugas yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan .Sebenarnya terdapat 4 ciri utama kerja berpasukan, iaitu :
  1. Usaha yang kolektif iaitu ahli dalam pasukan perlu memahami dan berkongsi pandangan dengan matlamat yang ingin dicapai bagi tahun 201_. Oleh itu setiap ahli akan bekerja bersama-sama jika usaha kolektif dijadikan prinsip bekerja kerana semua kekuatan dan sumber digembleng ke arah matlamat yang satu .
  2. Positif. Setiap ahli dalam pasukan tahun 6 , perlu melihat kerja berpasukan sebagai satu peluang bagi mencapai matlamat . Setiap ahli perlu melihat dari perspektif positif untuk mewujudkan kejelekitan sesama ahli kumpulan .
  3. Kerjasama adalah antara ciri yang perlu ada dalam  kerja berpasukan . Ada kalanya, ada diantara ahli yang suka bekerja secara bersendirian. Cabaran besar yang perlu dimainkan oleh kepimpinan sekolah ialah bagaimana menarik guru-guru tahun 6 bergerak secara berkumpulan. Komunikasi yang lebih kerap sesama ahli akan dapat meningkatkan saling kenal-mengenal , seterusnya memahami aspirasi organisasi.
  4. Saling  lengkap-melengkapi . Setiap anggota ada peranan masing-masing mengikut kepakaran. Pengkayaan ilmu dan peningkatan prestasi akan lebih terserlah jika setiap anggota menyumbang kemahiran dan kepakaran masing-masing. Proses lengkap-melengkapi akan mewujudkan integrasi yang lebih kukuh dan menjadi teras kepada kejayaan yang lebih besar. Kerja berpasukan yang mantap mesti berupaya berkomunikasi secara terbuka dan jujur antara satu sama lain , berani menghadapi konflik dan sedia menerima perbezaan pendapat.  Kita sepatutnya bekerja, berfikir dan bertindak dalam berpasukan supaya dapat menyelesaikan banyak masalah secara bersama .

Kita juga biasa mendengar guru sebagai pendorong utama di bilik darjah. Guru hanya akan menjadi pendorong apabila mampu membina hubungan guru-murid  yang sihat dan positif, sejak hari pertama guru memperkenalkan dirinya dalam bilik darjah. Guru yang tidak disukai, tidak mungkin dapat mendorong mereka melakukan apa-apa, melainkan melalui paksaan, ancaman dan ugutan. Oleh itu, untuk mencipta kejayaan, faktor ganjaran tidak boleh diabaikan. Setiap ganjaran daripada guru berfungsi memperkukuhkan sesuatu sikap dan tingkah laku. Banyak tingkahlaku guru dalam bilik darjah berfungsi sebagai ganjaran kepada murid-muridnya. ’perhatian’ adalah sejenis ganjaran walaupun perhatian itu diterimanya dalam bentuk marah-marah guru. Dorongan dalaman dan luaran perlu dikuasai dengan baik oleh pasukan guru-guru tahun 6 khususnya.

Selain itu, untuk membina kejayaan, tugas guru yang penting ialah  meningkatkan keyakinan diri murid-murid. Semakin murid tahu dia mempunyai banyak ciri positif pada dirinya, semakin tinggi keyakinan diri mereka. Ramai dikalangan murid yang membesar tanpa menerima banyak maklumat positif daripada ibu bapa dan guru –guru berkaitan ciri-ciri positif yang ada pada diri mereka. Ramai guru juga tidak menyangka menjadi tugas mereka memberitahu murid berkaitan kebolehan dan keupayaan masing-masing sebagai cara bagi meningkatkan keyakinan diri murid mereka .
Akhir kata, dengan sedikit ilmu dan kemahiran yang ada pada diri kita semua, bangkitlah kita secara kerja berpasukan dalam meningkatkan keyakinan diri murid-murid supaya laluan kita untuk mencipta kejayaan sekolah bagi tahun 20190, mampu kita capai seperti yang dihasratkan.

Puan Hajjah Mazidah binti Amiruddin,
Guru Besar, SK.Serdang , Dungun.
23000 Dungun,

Terengganu

Thursday 22 June 2000

Pelan Bangunan Baru SK Serdang


Kemasyarakatan

SUMBANGAN KEMASYARAKATAN

1. Penggunaan padang sekolah untuk latihan bola sepak, bola jaring dan senamrobik oleh penduduk kampung.

2. Pameran Anti Dadah oleh Agensi Dadah Kebangsaan

3. Hari Kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Dungun


4. Gotong-royong “Clean Up The World” anjuran Veolia Water Dungun bersama penduduk kampong

Lencana Sekolah

OBOR
Obor yang sentiasa menyala melambangkan sifat keberanian, disiplin yang tinggi dan sentiasa bersemangat menerima sebarang cabaran dalam melaksanakan tugas tanpa mengira waktu serta bersedia memberikan mengikut kemampuan.

WARNA HIJAU
Pendidikan sekolah ialah pendidikan yang berteraskan Islam.

WARNA OREN
Kesungguhan pelajar dan pendidik untuk mencapai kecemerlangan

PIAGAM PELANGGAN

 PIAGAM PELANGGAN

Kami sedia memberi perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan kami sebagaimana berikut :

·        Bersedia menolong dan membantu menyelesaikan masalah anda sebaik mungkin
·        Bersedia membantu membimbing anak didik dengan ikhlas tanpa memilih rupa dan pangkat
·        Berjanji tidak akan membazirkan masa bagi mempertingkatkan kemajuan anak- anak didik kami
·        Berusaha meningkatkan pemuafakatan dan penglibatan kami dalam masyarakat sekeliling
·        Berusaha meningkatkan tahap disiplin, kebersihan, kesihatan dan keselamatan sekolah
·        Berikhtiar dan berusaha untuk melahirkan repasan sekolah yang berilmu, beriman, berkhlak mulia dan disiplin
·        Bersedia menerima teguran, kritikan yang membina demi keutuhan dan kemajuan bersama

·        Kami berjanji tidak akan mengabaikan tugas harian kami demi kemajuan dan peningkatan pengajaran dan pembelajaran anak didik semua

Wawasan Sekolah

WAWASAN SEKOLAH



Bahawa sesungguhnya wawasan sekolah kebangsaan serdang dungun ialah untuk menuju kearah pencapaian matlamat pendidikan sekolah rendah ke tahap yang maksimum berdasarkan falsafah pendidikan negara.

Falsafah Sekolah

FALSAFAH SEKOLAH



“Pendidikan teras kemajuan adalah satu usaha kearah mengembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh bagi membolehkan mereka menjadi warganegara yang seimbang perkembangannya dari segi rohani dan jasmani yang berilmu pengetahuan, bertanggung jawab dan berkebolehan mencapai kebahagiaan diri serta memberi sumbangan positif terhadap pembangunan dan kemakmuran Negara demi untuk mewujudkan masyarakat yang taat setia, berdisiplin dan bersatupadu selaras dengan prinsip- prinsip rukunegara.

Moto SK Serdang Dungun


“ Kerajinan, Kebersihan, Ketabahan dan Kesederhanaan ”


Kerajinan dalam pembelajaran.
               
Kebersihan fizikal dan mental.

Ketabahan dalam pengurusan.

Kesederhanaan dalam membuat pertimbangan.


Visi dan Misi  SK Serdang Dungun


Visi  -  Menjadikan SK. Serdang antara 10 sekolah
   Terbaik Peringkat Daerah menjelang 2013.


Misi  -  Memberi pendidikan terbaik kepada semua murid   
   bagi melahirkan modal insan yang berkualiti
   melalui pendekatan bersepadu berlandaskan
   Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Sejarah Sekolah

          Sekolah Kebangsaan Serdang, Dungun, Terengganu telah mula dibuka pada 01.01.1983. Tuan Haji Wan Mohamad @ Muda bin Jusoh merupakan guru besar yang pertama.  Sekolah ini yang mempunyai kawasan seluas 9.3 ekar terletak di kawasan luar bandar.
           Mengikut cerita orang-orang tua di kampung ini, sekolah ini mendapat nama daripada sejenis tumbuh-tumbuhan hiasan yang banyak terdapat di sekitar kampung ini yang diberi nama pokok “Serdang”.  Ekoran dari itulah nama kampung dan sekolah ini diberikan nama tersebut.
            Setelah 25 tahun berlalu, seramai 887 orang murid telah mendapat pendidikan awal sekolah rendah di sekolah ini.  Sekolah Kebangsaan Serdang yang merupakan institusi pendidikan di kampung ini telah menempa beberapa kejayaan manis dan pembakar semangat kepada generasi seterusnya. 

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
( RENTAK MAC )

SK SERDANG SEKOLAH TERCINTA
ILMU ASAS KEMAJUAN
JADI PANDUAN MATLAMAT UTAMA
MOGA ALLAH RAHMATI KITA SEMUA

HORMATI IBU BAPA DAN GURU
BERSAMA TINGKATKAN PERPADUAN
MELANGKAH SEIRING PENDIDIKAN NEGARA
GEMILANG DISEGENAP LAPANGAN

(KORUS)
INDAH BERSIH DIJAGA
BERSIH JIWA DAN RAGA
KEMANA PERGI TETAP DIJIWA
BERSAMA JAYAKAN VISI KITA

INILAH AZAM KAMI SEMUA
SK SERDANG LAHIR INSAN MULIA
INGIN MENJADI MURID CEMERLANG
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG