Monday 2 September 2013

Sunday 1 September 2013

Merdeka Raya


Sambutan Merdeka Raya SK Serdang 2013 telah berlangsung pada 29 Ogos 2013 (Khamis) dengan meriah. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan persembahan daripada murid tahun 1 hingga 6 dengan penuh semangat patriotik. Majlis selesai jam 12.00 tengah hari.









Sambutan Merdeka Raya diserikan dengan kedatangan NYDP PIBG, En. Razali bin Yahya.


Monday 22 July 2013

Peperiksaan Percubaan UPSR 2013

Pada 21.8.2013 hingga 23.8.2013 (Ahad - Selasa) telah diadakan Peperiksaan Percubaan UPSR. Sebelum menghadapi peperiksaan,murid Tahun 6 membaca Yasin dan Solat Hajat bersama guru-guru. Selamat berjaya murid SK Serdang

Saturday 6 July 2013

Program Temu Mesra Ibubapa/Penjaga Murid Pra - Tahun 5

Program ini telah diadakan pada hari Khamis lepas. Ibubapa dijemput datang untuk bertemu dengan guru kelas anak masing-masing untuk mengetahui prestasi anak-anak di sekolah.








Tuesday 2 July 2013

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2013

Seramai 40 orang murid daripada SK Serdang bergabung dan SK Delong telah menyertai Kem Kecemerlangan UPSR 2013 di Mayang Sari Resort,Dungun pada 27-29 Jun 2013 (Khamis-Sabtu). Kem ini telah dianjurkan oleh kedua-dua buah sekolah bagi tujuan untuk meningkatkan peratusan murid cemerlang  dalam peperiksaan UPSR yang bakal menjelang pada September akan datang. Kem ini selesai tepat jam 12.00 tengahari hari Sabtu..






Sunday 30 June 2013

Program Bacaan Jawi

Program ini melibatkan  murid tahap 2 SK Serdang,Dungun. Tujuan program ini diadakan ialah bagi melihat tahap kelancaran murid membaca tulisan jawi serta memupuk minat murid terhadap tulisan jawi ini.





Sunday 23 June 2013

Program Isra' Mikraj

Hari ini 23 Jun 2013 telah berlangsung Program Isra' Mikraj di Bilik j-Qaf yang melibatkan semua murid  SK Serdang. Aturcara Majlis adalah seperti berikut :

8.00 pagi

  • Perhimpunan dan selawat ke atas nabi.
  • Ceramah Isra' Mikraj En. Mohd Rawi bin Samah
12.00 tengahari
  • Tanyangan video Isra' Mikraj
  • Kuiz dan penyampaian hadiah
  • Bacaan doa dan bersurai

Antara objektif program ini ialah :
  1. Menggalakkan murid menghayati alam ciptaan Allah swt.
  2. Menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah.
  3. Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan Rejab.
  4. Menghidupkan bulan Rejab dengan melebihkan amalan-amalan sunat.








Thursday 7 February 2013

SEKITAR SUKANTARA 2013

Sukantara 2013 SK Serdang telah diadakan pada 7 Feb 2013 (khamis) yang juga telah melibatkan kesemua murid sekolah. Di bawah adalah situasi pada Hari Sukantara 2013.