Monday 22 July 2013

Peperiksaan Percubaan UPSR 2013

Pada 21.8.2013 hingga 23.8.2013 (Ahad - Selasa) telah diadakan Peperiksaan Percubaan UPSR. Sebelum menghadapi peperiksaan,murid Tahun 6 membaca Yasin dan Solat Hajat bersama guru-guru. Selamat berjaya murid SK Serdang

Saturday 6 July 2013

Program Temu Mesra Ibubapa/Penjaga Murid Pra - Tahun 5

Program ini telah diadakan pada hari Khamis lepas. Ibubapa dijemput datang untuk bertemu dengan guru kelas anak masing-masing untuk mengetahui prestasi anak-anak di sekolah.








Tuesday 2 July 2013

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2013

Seramai 40 orang murid daripada SK Serdang bergabung dan SK Delong telah menyertai Kem Kecemerlangan UPSR 2013 di Mayang Sari Resort,Dungun pada 27-29 Jun 2013 (Khamis-Sabtu). Kem ini telah dianjurkan oleh kedua-dua buah sekolah bagi tujuan untuk meningkatkan peratusan murid cemerlang  dalam peperiksaan UPSR yang bakal menjelang pada September akan datang. Kem ini selesai tepat jam 12.00 tengahari hari Sabtu..