Assalamualaikum w.b.t..
Terlebih dahulu
saya merakamkan rasa kesyukuran dan terima kasih kerana diberi pelunag untuk
menyatakan sepatah dua kata dalam perancangan strategik UPSR Sekolah Kebangsaan
Serdang, bagi tahun . Ucapan tahniah kepada guru-guru yang berada di dalam
pasukan UPSR di atas kejayaan yang dicapai pada tahun baru-baru ini. Kejayaan yang dicapai
dengan kualiti 5A ( ) , dan
pencapaian minimum C ( ) ,
membuktikan usaha yang dilakukan oleh guru-guru adalah ke arah pencapaian
‘Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah’ ke
tahap yang maksimum. Bagi tahun
, dengan bilangan murid seramai
orang , sasaran yang ingin dicapai ialah orang untuk kualiti 5A iaitu . Bagi mencapai sasaran ini , kita
memerlukan satu usaha ke arah kerja berpasukan yang lebih mantap. Kajian
menunjukkan kerja berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan
prestasi guru-guru apabila tugas yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman
dan penilaian digabungkan .Sebenarnya terdapat 4 ciri utama kerja berpasukan,
iaitu :
- Usaha yang kolektif iaitu ahli dalam pasukan perlu
memahami dan berkongsi pandangan dengan matlamat yang ingin dicapai bagi
tahun 201_. Oleh itu setiap ahli akan bekerja bersama-sama jika usaha
kolektif dijadikan prinsip bekerja kerana semua kekuatan dan sumber
digembleng ke arah matlamat yang satu .
- Positif. Setiap ahli dalam pasukan tahun 6 , perlu
melihat kerja berpasukan sebagai satu peluang bagi mencapai matlamat .
Setiap ahli perlu melihat dari perspektif positif untuk mewujudkan
kejelekitan sesama ahli kumpulan .
- Kerjasama adalah antara ciri yang perlu ada
dalam kerja berpasukan . Ada
kalanya, ada diantara ahli yang suka bekerja secara bersendirian. Cabaran
besar yang perlu dimainkan oleh kepimpinan sekolah ialah bagaimana menarik
guru-guru tahun 6 bergerak secara berkumpulan. Komunikasi yang lebih kerap sesama ahli akan
dapat meningkatkan saling kenal-mengenal , seterusnya memahami aspirasi
organisasi.
- Saling lengkap-melengkapi . Setiap anggota ada
peranan masing-masing mengikut kepakaran. Pengkayaan ilmu dan peningkatan
prestasi akan lebih terserlah jika setiap anggota menyumbang kemahiran dan
kepakaran masing-masing. Proses lengkap-melengkapi akan mewujudkan
integrasi yang lebih kukuh dan menjadi teras kepada kejayaan yang lebih
besar. Kerja berpasukan yang mantap mesti berupaya berkomunikasi secara
terbuka dan jujur antara satu sama lain , berani menghadapi konflik dan
sedia menerima perbezaan pendapat.
Kita sepatutnya bekerja, berfikir dan bertindak dalam berpasukan
supaya dapat menyelesaikan banyak masalah secara bersama .
Kita juga biasa mendengar guru
sebagai pendorong utama di bilik darjah. Guru hanya akan menjadi pendorong
apabila mampu membina hubungan guru-murid
yang sihat dan positif, sejak hari pertama guru memperkenalkan dirinya
dalam bilik darjah. Guru yang tidak disukai, tidak mungkin dapat mendorong
mereka melakukan apa-apa, melainkan melalui paksaan, ancaman dan ugutan. Oleh
itu, untuk mencipta kejayaan, faktor ganjaran tidak boleh diabaikan. Setiap
ganjaran daripada guru berfungsi memperkukuhkan sesuatu sikap dan tingkah laku.
Banyak tingkahlaku guru dalam bilik darjah berfungsi sebagai ganjaran kepada
murid-muridnya. ’perhatian’ adalah sejenis ganjaran walaupun perhatian itu
diterimanya dalam bentuk marah-marah guru. Dorongan dalaman dan luaran perlu
dikuasai dengan baik oleh pasukan guru-guru tahun 6 khususnya.
Selain itu, untuk membina
kejayaan, tugas guru yang penting ialah
meningkatkan keyakinan diri murid-murid. Semakin murid tahu dia
mempunyai banyak ciri positif pada dirinya, semakin tinggi keyakinan diri
mereka. Ramai dikalangan murid yang membesar tanpa menerima banyak maklumat
positif daripada ibu bapa dan guru –guru berkaitan ciri-ciri positif yang ada
pada diri mereka. Ramai guru juga tidak menyangka menjadi tugas mereka
memberitahu murid berkaitan kebolehan dan keupayaan masing-masing sebagai cara
bagi meningkatkan keyakinan diri murid mereka .
Akhir kata, dengan sedikit
ilmu dan kemahiran yang ada pada diri kita semua, bangkitlah kita secara kerja
berpasukan dalam meningkatkan keyakinan diri murid-murid supaya laluan kita
untuk mencipta kejayaan sekolah bagi tahun 20190, mampu kita capai seperti yang
dihasratkan.
Puan Hajjah Mazidah binti Amiruddin,
Guru Besar, SK.Serdang , Dungun.
23000 Dungun,
Terengganu