Sekolah Kebangsaan Serdang,
Dungun, Terengganu telah mula dibuka pada 01.01.1983. Tuan Haji
Wan Mohamad @ Muda bin Jusoh merupakan guru besar yang pertama. Sekolah ini yang mempunyai kawasan seluas 9.3
ekar terletak di kawasan luar
bandar.
Mengikut
cerita orang-orang tua di kampung ini, sekolah ini mendapat nama daripada
sejenis tumbuh-tumbuhan hiasan yang banyak terdapat di sekitar kampung
ini yang diberi nama pokok “Serdang”.
Ekoran dari itulah nama kampung
dan sekolah ini diberikan nama tersebut.
Setelah
25 tahun berlalu, seramai 887 orang murid telah mendapat pendidikan
awal sekolah rendah di sekolah ini.
Sekolah Kebangsaan Serdang yang
merupakan institusi pendidikan di kampung ini telah menempa beberapa kejayaan manis dan pembakar semangat kepada generasi
seterusnya.
No comments:
Post a Comment