Friday 23 June 2000

Ucaptama Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t..
Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran dan terima kasih kerana diberi pelunag untuk menyatakan sepatah dua kata dalam perancangan strategik UPSR Sekolah Kebangsaan Serdang, bagi tahun . Ucapan tahniah kepada guru-guru yang berada di dalam pasukan UPSR di atas kejayaan yang dicapai pada tahun     baru-baru ini. Kejayaan yang dicapai dengan kualiti 5A (      ) , dan pencapaian minimum C (      ) , membuktikan usaha yang dilakukan oleh guru-guru adalah ke arah pencapaian ‘Matlamat Pendidikan  Sekolah Rendah’ ke tahap yang maksimum. Bagi tahun           , dengan bilangan murid seramai     orang , sasaran yang ingin dicapai ialah         orang untuk kualiti 5A iaitu           . Bagi mencapai sasaran ini , kita memerlukan satu usaha ke arah kerja berpasukan yang lebih mantap. Kajian menunjukkan kerja berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi guru-guru apabila tugas yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan .Sebenarnya terdapat 4 ciri utama kerja berpasukan, iaitu :
  1. Usaha yang kolektif iaitu ahli dalam pasukan perlu memahami dan berkongsi pandangan dengan matlamat yang ingin dicapai bagi tahun 201_. Oleh itu setiap ahli akan bekerja bersama-sama jika usaha kolektif dijadikan prinsip bekerja kerana semua kekuatan dan sumber digembleng ke arah matlamat yang satu .
  2. Positif. Setiap ahli dalam pasukan tahun 6 , perlu melihat kerja berpasukan sebagai satu peluang bagi mencapai matlamat . Setiap ahli perlu melihat dari perspektif positif untuk mewujudkan kejelekitan sesama ahli kumpulan .
  3. Kerjasama adalah antara ciri yang perlu ada dalam  kerja berpasukan . Ada kalanya, ada diantara ahli yang suka bekerja secara bersendirian. Cabaran besar yang perlu dimainkan oleh kepimpinan sekolah ialah bagaimana menarik guru-guru tahun 6 bergerak secara berkumpulan. Komunikasi yang lebih kerap sesama ahli akan dapat meningkatkan saling kenal-mengenal , seterusnya memahami aspirasi organisasi.
  4. Saling  lengkap-melengkapi . Setiap anggota ada peranan masing-masing mengikut kepakaran. Pengkayaan ilmu dan peningkatan prestasi akan lebih terserlah jika setiap anggota menyumbang kemahiran dan kepakaran masing-masing. Proses lengkap-melengkapi akan mewujudkan integrasi yang lebih kukuh dan menjadi teras kepada kejayaan yang lebih besar. Kerja berpasukan yang mantap mesti berupaya berkomunikasi secara terbuka dan jujur antara satu sama lain , berani menghadapi konflik dan sedia menerima perbezaan pendapat.  Kita sepatutnya bekerja, berfikir dan bertindak dalam berpasukan supaya dapat menyelesaikan banyak masalah secara bersama .

Kita juga biasa mendengar guru sebagai pendorong utama di bilik darjah. Guru hanya akan menjadi pendorong apabila mampu membina hubungan guru-murid  yang sihat dan positif, sejak hari pertama guru memperkenalkan dirinya dalam bilik darjah. Guru yang tidak disukai, tidak mungkin dapat mendorong mereka melakukan apa-apa, melainkan melalui paksaan, ancaman dan ugutan. Oleh itu, untuk mencipta kejayaan, faktor ganjaran tidak boleh diabaikan. Setiap ganjaran daripada guru berfungsi memperkukuhkan sesuatu sikap dan tingkah laku. Banyak tingkahlaku guru dalam bilik darjah berfungsi sebagai ganjaran kepada murid-muridnya. ’perhatian’ adalah sejenis ganjaran walaupun perhatian itu diterimanya dalam bentuk marah-marah guru. Dorongan dalaman dan luaran perlu dikuasai dengan baik oleh pasukan guru-guru tahun 6 khususnya.

Selain itu, untuk membina kejayaan, tugas guru yang penting ialah  meningkatkan keyakinan diri murid-murid. Semakin murid tahu dia mempunyai banyak ciri positif pada dirinya, semakin tinggi keyakinan diri mereka. Ramai dikalangan murid yang membesar tanpa menerima banyak maklumat positif daripada ibu bapa dan guru –guru berkaitan ciri-ciri positif yang ada pada diri mereka. Ramai guru juga tidak menyangka menjadi tugas mereka memberitahu murid berkaitan kebolehan dan keupayaan masing-masing sebagai cara bagi meningkatkan keyakinan diri murid mereka .
Akhir kata, dengan sedikit ilmu dan kemahiran yang ada pada diri kita semua, bangkitlah kita secara kerja berpasukan dalam meningkatkan keyakinan diri murid-murid supaya laluan kita untuk mencipta kejayaan sekolah bagi tahun 20190, mampu kita capai seperti yang dihasratkan.

Puan Hajjah Mazidah binti Amiruddin,
Guru Besar, SK.Serdang , Dungun.
23000 Dungun,

Terengganu

No comments:

Post a Comment